Monday, October 12, 2009

KENALI MELAYU

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.[11] Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.[11]

Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.[11]

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [12]:

  1. Seorang yang beragama Islam
  2. Bertutur bahasa Melayu
  3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
  4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

ALUMNI JANA IDENTITI UNIVERSITI

TRANSFORMASI universiti awam negara ini mungkin lebih efektif, berinovasi dan eksklusif sekiranya Pertubuhan Alumni sesebuah universiti bergerak sebagai organisasi korporat dan aktif dalam bisnes serta memasuki pasaran di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Walaupun ia umpama imaginasi, tetapi boleh direalisasikan. Ia boleh dilakukan kerana kebanyakan ahli korporat, pemimpin, ahli politik, para pentadbir dan usahawan yang ada sekarang adalah produk dari universiti awam tempatan.

Pertubuhan alumni, adalah antara badan penting untuk berperanan bagi menaikkan nama, imej dan peranan sesebuah universiti mahupun ahli akademik serta tenaga pekerjanya. Pengurusan universiti pula perlu aktif dan serius dalam menjalin hubungan langsung dan saling bekerjasama dengan alumni agar ahlinya berperanan sebagai jurucakap terbuka dan menyalur idea agar ahli akademiknya tidak menjadi 'elit pemikir'. Universiti, adalah institusi dunia yang universal dan alumni antara badan penting untuk berperanan bagi menguniversalkan lagi sesebuah universiti.

Ahli alumni bagaimanapun, mesti bangga dan bersikap sentiasa ingin tahu dengan terus berhubung dan menyumbang kepada universiti yang telah memberi keilmuan untuk kejayaannya dalam kehidupan. Untuk itu, alumni perlu bergerak sebagai agensi penghubung dengan majikan dan bertindak mempertahankan universiti yang mereka wakili bukan mematikannya.

Mengenai peranan alumni sebagai agensi penghubung universal, saya menyarankan agar mencontohi budaya orang Yahudi di Amerika Syarikat yang komited pada negara 'penaungnya' sehingga ilmuwan dan ahli korporat mereka dapat memegang 'kuasa' dalam politik, kabinet dan ekonomi dan pentadbiran negara berkenaan.

Dalam hubungan ini, lebih berkesan jika semua parti politik, badan-badan korporat dan pentadbiran negara dan negeri menubuhkan alumni masing-masing. Ini penting sebab ahli alumni boleh memantau dan membetulkan salah faham kalangan ahli politik, pentadbiran dan ekonomi mengenai fungsi peranan dan urusan universiti.

Apabila ada hubungan langsung alumni dalam pentadbiran dan pengurusan setiap sektor serta agensi kerajaan dan negara, segala permasalahan dan isu kritikal masyarakat dan negara boleh ditangani berteraskan keilmuan daripada para sarjana dan ahli akademik yang ada.

Malah alumni boleh berperanan sebagai agensi bisnes penting bagi sesebuah universiti untuk membolehkan dana bagi membantu pelajar cemerlang dan mewujudkan 'kerusi alumni' universiti dapat diwujudkan tanpa mengharap kerajaan dan ihsan luar.

Tuesday, August 4, 2009

Wednesday, July 22, 2009

CETUSAN HATI

Assalamualaikum